Tentang Kami

Mama, nak! terlahir dari kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan bahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu. Ketika itu, anaknya baru sahaja berusia 6 bulan tetapi si ibu mempunyai kesukaran mencari buku-buku Bahasa Melayu berbentuk "board book" yang mudah dan mempunyai perkataan-perkataan asas. Maka si ibu mempunyai azam untuk megisikan ruang yang sedia ada. 


Mama, nak! berharap dapat menerbitkan buku-buku Bahasa Melayu khusus untuk kanak-kanak berusia 0-6 tahun yang merangkumi pelbagai jenis konsep, judul dan cara berinteraksi dengan si kecil. 


Mama, nak! menitikberatkan mutu serta keserasian mengikut jarak usia dalam setiap terbitannya.


Teruslah menyokong Mama, nak! agar usaha kami untuk melestarikan Bahasa Melayu di kalangan generasi pelapis berjaya diteruskan.

 

"Mama, nak!" ungkap si kecil kepada si ibu, sambil meminta dibacakan buku kegemarannya.

 

UEN 53430696M

Singapura